21st Century Fox
21st Century Fox

21st Century Fox

21st Century Fox ialah sebuah perbadanan media massa multinasional Amerika Syarikat yang berpusat di Midtown Manhattan, Bandaraya New York. Ia merupakan salah satu daripada dua syarikat yang dibentuk daripada keluaran sampingan 2013 aset penerbitan News Corporation, seperti yang diasaskan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1979.Syarikat ini ialah pengganti sah bagi News Corporation yang terutamanya berurusan dengan industri-industri filem dan televisyen. Ia kini konglomerat media ketiga terbesar di Amerika selepas Syarikat Walt Disney dan Comcast. Syarikat lain, News Corporation yang "baru" memegang aset-aset kepentingan media cetak dan media lain milik Murdoch di Australia (kedua-duanya dimiliki oleh beliau dan keluarganya melalui amanah keluarga dengan 39% mengawal kepentingan masing-masing).Aset-aset syarikat termasuklah Fox Entertainment Group–pemilik studio filem 20th Century Fox (senama separa syarikat), rangkaian televisyen Fox dan saluran Fox News, antara aset lain. Ia juga mempunyai operasi asing yang signifikan termasuklah pengendali saluran berbayar seluruh Asia STAR TV serta kira-kira 39% kepentingan dalam Sky plc–pengendali bagi penyedia televisyen satelit dan saluran berbayar di United Kingdom dan Ireland, Austria, Jerman dan Itali.Pada 14 Disember 2017, syarikat Walt Disney mengumumkan rancangan untuk memperoleh 21st Century Fox pada harga AS$52.4 bilion; ini akan termasuklah aset utama seperti 20th Century Fox, FX Networks, National Geographic Partners, rangkaian sukan serantau, dan rangkaian antarabangsanya. Aset-aset seperti rangkaian televisyen Fox, saluran Fox News dan kebanyakkan Fox Sports akan dipisahkan kepada syarikat bebas yang diuruskan oleh keluarga Murdoch.

21st Century Fox

Industri Media massa
Pemilik Keluarga Murdoch (39%)
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan operasi ▼ US$4.15 bilion (2016)[1]
Jumlah aset ▼ US$48.19 bilion (2016)[1]
Pendapatan bersih ▼ US$2.75 bilion (2016)[1]
Bilangan pekerja 21,500 (2016)[2]
ISIN US90130A1016
US90130A2006
Anak syarikat
Jumlah ekuiti ▼ US$13.66 bilion (2016)[1]
Perancang utama
Ibu pejabat 1211 Avenue of the Americas, Bandaraya New York, New York, Amerika Syarikat
Laman sesawang 21CF.com
Pengasas Rupert Murdoch
Keluaran Penyiaran, penerbitan filem, penerbitan televisyen, televisyen kabel, syarikat rakaman, internet
Ditubuhkan 28 Jun 2013; 6 tahun yang lalu (2013-06-28)
Hasil AS$27.32 bilion (2016)[1]
Pembahagian
Didagangkan sebagai
Nama perdagangan 21st Century Fox
Jenis Awam
Pendahulu News Corporation